Tuesday, August 24, 2010

Arnab Sebelum Raya EidulFitri

Bagan Serai 1, Bagan Serai 2, Snow white, Gabuk Basir, Gabuk Don, Garang, Soyat, masing-masing telah melahirkan anak pada 19 Ogos yang lalu. Ada yang anak 6, ada yang anak 4, 3,2 dan 1 ekor. Rasa-rasa sume nak jual pada 14 September ni. Baka Angora, Lion Head dan Local, Semua dah mix tapi nampak macam ori. Terpulang pada pembeli minat yang mana satu. Ingat nak jual RM 10.00 jer sekor. Tapi kena beli pada tarikh tu la.

Satu lagi, bagi arnab yang berusia 3 bulan pulak, ingat nak tunggu sampi sehari sebelum raya. Kalau tiada siapa berminat, rasa macam nak korbankan tuk jadikan lauk raya atau simpan wat daging ais jer. Tengok yang mana datang dulu. Ala jual RM 13 jer sekilo. Itupun timbang hidup bulat. Kalau nak leh la kut ada dalam 12 ekor.

Induk pulak ingat nak kurangkan, sebab jantan dah banyak, nak tinggalkan lop ear dan angora jer. Sume dah lebih setahun umor, tapi masih produktif. Rasa macam sedih pulak nak di kosongkan sel sel diaorang tapi inilah adat meniaga. Adakala naik adakala turun.Nak wat macam mana poket dah hampir kosong. Maka terpaksalah kita kurangkan si jantan. Ibarat macam kentut, "ditahan sakit perut dilepas lega selesa". Ntah sapa bagi istilah macam ni pun ada.

Masih ada kesempatan ini nak ucapkan selamat berpuasa, selamat berbuka puasa, pendek kata selamat menjalani ibadah puasa dengan sabar dan kerana Allah. Selamat Menyambut EidulFitri maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung.

No comments:

Post a Comment

Kenangan Nama masuk dalam Paper Sunday Mail tahun 2017.