Bagi mengimbangi kos penternakan, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan ialah kos pemakanan utama arnab iaitu dedak (pelet). Bagi penternakan skala sederhana dan besar adalah wajar dedak @ pelet ini disediakan sendiri oleh penternak untuk mengelakkan kos meningkat dan terputus bekalan makanan.
Sumber : #kredit to RabbitVillage d'Muar blog & NHE Rabittary blog
Berikut bahan, alat, dan cara membuatanya:
Bahan-bahan:
1. Hampas
Soya (boleh di ganti dengan tepung soya)
2. Bekatul (dedak Halus –
rice bran), kacang soya
3. Tepung Jagung
4. Mineral dan garam iodin
5. Arang aktif
6. Rumput kering (alfalfa, timothy,napier,rumput gajah dll jika ada)
7. Air bersih
8. Bahan lain yang sudah
terbukti selamat untuk arnab.
9. Boleh juga di campur dengan vitamin dan lain2
jika perlu
Peralatan yang diperlukan :
1. Basin plastik (untuk mencampur adunan pelet)
2. Senduk untuk mengaul
3. Periuk kukus
4. Dapur
5. Penggiling ikan/daging
6. Plastik bening
7. Oven (jika ada, kalau cuaca panas gunakan
sinar matahari untuk menjemur)
Cara Membuatnya:
1. Campur adunan pelet berupa hampas soya yang masih hangat sebanyak 35% dengan tepung jagung 10% . Kacang soya 19%, Bekatul atau dedak halus 30% Tepung Jagung
mineral + garam iodin 5% Arang aktif 1%
2. Adunan di campur rata dengan pelarut air hingga
sebati menjadi adunan pada basin plastic.
3. Setelah sebati, kukus adunan pada dapur dengan
suhu yang tinggi selama 30 minit. Warna adunan akan
berubah menjadi lebih gelap.
4. Semasa panas, cetak adunan pada alat penggilingan daging sehingga akan
membentuk adunan memanjang.
5. keringkan adunan dengan oven, jika tidak ada boleh di jemur hingga benar-benar kering.
Perbezaan Kandungan Pelet Mengikut Kategori Arnab :
A. Pelet Tanpa Rumput
Hampas Soya 50%
Bekatul (rice bran) 40%
Tepung jagung giling 9%
Mineral ( garam iodin ) 0.5%
Arang aktif (arang tempurung kelapa) 0.5%
B. Pelet Dengan Rumput
Hampas Kelapa 9%
Bekatul (rice bran)50%
Tepung jagung giling 10%
Hampas Soya 20%
Rumput kering 10%
Premix 0.5%
Arang aktif (arang tempurung kelapa ) 0.5%
1. Arnab yg sedang membesar
Jagung Giling 62.5%
Hampas Soya 15%
Dedak Halus 20%
Tepung Tulang 1%
Garam 1.5%
2. Penggemukan (Arnab Pedaging)
Jagung Giling 42%
Hampas Soya 25%
Dedak Halus 30%
Tepung Tulang 1.5%
Garam 1.5%
3. Induk Produktif
Jagung Giling 52%
Hampas Soya 12.5%
Dedak Halus 22.5%
Tepung Tulang 1.5%
Garam 1.5%
No comments:
Post a Comment