Semalam AG telah menziarahi Abg Mail yang dimaksudkan oleh Arnab Zamrud dan KAA. di Kuala Kangsar. Namun harapan AG untuk mendapatkan sepasang arnab tidak hampa. Perjalanan dari Jambatan Sayong mengambil masa yang cukup singkat untuk sampai kerumahnya. Apa yang dikhabarkan oleh AZ dan KAA adalah benar. Nasihat dan pengalaman Abg Mail telah AG perolehi untuk digunakan pada masa depan AG.
Banyak juga arnab yang dibela oleh Abg Mail. Ada LH, NZW, HrLQn dan kacukan antara mereka. AG telah mengejas untuk mendapatkan arnab NZW tapi tak da stok, dapat yang lain. Ternyata Abg Mail telah memenuhi hasrat AG. Seronok betul. Tapi masa tidak mengizinkan kerna nak pergi kenduri. Yang seronok tu anak-anak AG telah meninggalkan khazanah dirumah Abg Mail. Maaf kepada Abg Mail kerana terlupa nak buang pampers. Kata orang tua kalau pergi ke tempat orang, kalau kita menumpang membuang air dirumahnya, insyallah kita akan selalu datang. Apa apa pun terima kasih kepada AZ dan KAA kerana memberi petunjuk kerumah Abg. Mail.
Bendang Kering Sayong, Kuala Kangsar. Senang-senang lawatlah Abg Mail disana.
No comments:
Post a Comment