Monday, December 28, 2009

Lebih Kurang Inilah

Anggaran lebih kurang selama setahun untuk tatapan kepada rakan yang baru nak menceburi.
saya buat ini bermula pada Disember 2008 dengan hanya 4 ekor sahaja, beli anak. Disember 2009 sudah ada 32 ekor.

Kos jualan perlu naik, manakala kos makanan dan belian perlu turun. kos uabatan menten.


Ini adalah sedikit sebanyak hasil usaha saya. ia menagmbil kira belian arnab, pelet arnab, ubatan dan juga jualan. kos ini sentiasa berubah. Tidak termasuk kos reban dan bangsal kerana ia dua kali dalam setahun. Saya jual ini baka arnab campuran kampung, jual anak sahaja, kuantiti sikit, boleh pergi. Bagaimana kalau kita jual branded arnab, jual daging lagi tentu lagi manyak untung,
cubalah.... jangan dengar cakap orang. buat dulu baru tau..ada keinginan adalah jalan, ada jalan adlah destinasi, bila dah jumpa destinasi disitulah kejayaan....harap dapat tengok lebih kurang mintak halal......

Monday, December 21, 2009

Ulang Tahun Pertama Arnab Gabook



Pada tanggal 22 Disember 2009 genaplah satu tahun tempoh AG membela arnab. Berbagai-bagai cabaran, masalah dan rintangan yang dihadapi dalam tahun ini. Namun itusemua akan dijadikan iktibar pada AG untuk terus maju kehadapan. Sekejap sahaja diam-diam dah setahun. Dari 4 ekor arnab sekarang sudah menjadi 32 ekor. Terima kasih kepada yang sudi membantu terutama keluarga dan rakan-rakan ternak yang dikenali maupun tidak.

Sunday, December 20, 2009

Pengalaman Di Bendang Kering Sayong

Semalam AG telah menziarahi Abg Mail yang dimaksudkan oleh Arnab Zamrud dan KAA. di Kuala Kangsar. Namun harapan AG untuk mendapatkan sepasang arnab tidak hampa. Perjalanan dari Jambatan Sayong mengambil masa yang cukup singkat untuk sampai kerumahnya. Apa yang dikhabarkan oleh AZ dan KAA adalah benar. Nasihat dan pengalaman Abg Mail telah AG perolehi untuk digunakan pada masa depan AG.

Banyak juga arnab yang dibela oleh Abg Mail. Ada LH, NZW, HrLQn dan kacukan antara mereka. AG telah mengejas untuk mendapatkan arnab NZW tapi tak da stok, dapat yang lain. Ternyata Abg Mail telah memenuhi hasrat AG. Seronok betul. Tapi masa tidak mengizinkan kerna nak pergi kenduri. Yang seronok tu anak-anak AG telah meninggalkan khazanah dirumah Abg Mail. Maaf kepada Abg Mail kerana terlupa nak buang pampers. Kata orang tua kalau pergi ke tempat orang, kalau kita menumpang membuang air dirumahnya, insyallah kita akan selalu datang. Apa apa pun terima kasih kepada AZ dan KAA kerana memberi petunjuk kerumah Abg. Mail.
Bendang Kering Sayong, Kuala Kangsar. Senang-senang lawatlah Abg Mail disana.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Datang 1431 H

Kepada semua pelawat yang membaca dan tengok-tengok blog AG ini . Dikesempatan ini Ag ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijriah. Semoga kita semua muhasabah diri dengan azam baru untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan lebih baik pada esok hari...sama juga dengan apa yang kita lakukan untuk ternakan arnab kita ini... Salam hijrah...

Wednesday, December 16, 2009

Masa Lapang Anak-anak ku

Senarai Penternak Arnab yang berjaya dikumpul setakat ini.

Beberapa Penternak arnab kecil-kecilan telah dicari satu-persatu. Dan keputusannya AG telah menemui sejumlah orang yang ingin dan sedang menternak arnab untuk sama-sama menaikkan industri ini.Mereka ini sanggup bekerjasama dengan AG untuk membentuk satu kelompok dan gabungan membentuk komuniti penternak arnab serantau.

1.Rujukan : Ladang Info Ternak Unit Arnab.
2.Pejabat Haiwan/Veteriner Daerah Kuala Kangsar dan Taiping
3.En. Ruzanil - Kampung Changkat Gohor
4.En. Adam - Kampung Gapis
5.En. Basir - Kampung Gapis
6.En. Jamal - Kampung Setor
7.En. Tahir - Kampung Setor
8.Sdr. Hanip - Kampung Labu Kubong
9.Sdr. Sharani - Kampung Lembah
10.En. Azmi- Kampung Boyan
11.Pn. Mahiran - Kampung Batu 17
12.En. Mail - Kampung Bendang Inai
13.En. Azmi - Kampung Buaia
14.En. Yahya - Kampung Changkat
15.Sdr.Zaid - Kampung Tapah
16.En. Ah Peng - Kampung Baru Jaya
17.En. Muniandy - Perak River Estet.
18.En. Kimleng - Kampung Baru Batu Bantal

Kebanyakan mereka adalah veteran di zaman Menteri Sanusi Junid yang pernak menternak arnab yang diberikan kerajaan suatu masa dahulu. Mereka juga ingin bersatu supaya senang mendapat bantuan dari pihak tertentu seperti pekebun kecil getah berkelompok dibawah risda.

Sunday, December 6, 2009

Baru dapat...


Semalam baru beli
kat tuan tu ianya dari ladang info ternak sungai siput baka chinchilla.. tul ke tak wallahua'lam.

Kenangan Nama masuk dalam Paper Sunday Mail tahun 2017.